aku yang terlalu membisu Rabu, Ogos 16, 2006 |
kadangkala kerana terlalu menurut kemahuan insan bernama sahabat boleh melukakn diri dari dalamnya..aku rupanya turut menjadi mangsa 'tak sampai hati' untuk menyatakan ketakpuasan hati tentang sesuatu hanya kerana dia sahabat. lalu patutkah aku biarkan, dan berharap dia mampu menyelami apa yng tersirat di kalbu? pengecut kah aku...? Bukan, bukan sebab pengecut. sebabnya mungkin kerana aku memikirkan yang aku masih terhutang sesuatu pada sang sahabat. aku benci begini.. Tapi tak patutkah aku sebagai sahabatnya bertolak ansur sedikit tentang hal ini? perlukah lagi setelah aku sudah bertolak ansur begitu banyak? sebanyak mana lagi perlu aku berikan?
Arrghh!!!
seorang sahabat tak sepatutnya membiarkan aku begini...
sendiri menahan luka di hati.
sahabatkah itu, atau hanya seorang kawan? tapi apa bezanya...
atau aku perlu hanya terus bersabar...?
tapi sampai bila.........
sampai bengkak di hati ini bernanah? membusuk sehingga aku akhirnya memusuhi dia...?
Tolonglah sahabat...fahamilah aku......
Arrghh!!!
seorang sahabat tak sepatutnya membiarkan aku begini...
sendiri menahan luka di hati.
sahabatkah itu, atau hanya seorang kawan? tapi apa bezanya...
atau aku perlu hanya terus bersabar...?
tapi sampai bila.........
sampai bengkak di hati ini bernanah? membusuk sehingga aku akhirnya memusuhi dia...?
Tolonglah sahabat...fahamilah aku......
Label: all about this life