<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d30619620\x26blogName\x3daku+seadanya......\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nadinyanadia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nadinyanadia.blogspot.com/\x26vt\x3d-2811507744529758162', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

About

"Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium. Nemo enim ipsam voluptatem quia voluptas sit aspernatur aut odit aut fugit, sed quia consequuntur magni dolores eos qui ratione voluptatem sequi nesciunt."

Dalam penantian ia hadir.. Ahad, September 03, 2006 |



Rindu ini betul-betul menyesakkan
ku cuba lari tapi ia mengejar
ku cuba sembunyi, tapi ia nampak..
ku cuba bunuh, ia tetap hidup..

Hidupku dikepung oleh rindu
Nafasku dihimpit
Jiwaku ditambat
dan raguku menderita...
Api rindu membakar perasaan
Hatiku rentung olehnya
Semangatku runtuh,
dan tenagaku habis disedut
oleh rindu yang rakus...

Rindu ini tidak henti menyeksaku
Menghambat batinku semahu-mahunya
Walau zahirku berjuraian air mata
Walau aku menjerit dan merayu
namun rindu terus memukul
tanpa henti tanpa simpati...

Salah akukah atau perasaan
kerana mengundang rindu itu dahulu?


Label:

Tersisih kerana menyisih.. |

Kapal tak berhaluan
di samudera tidak bertuan
Nakhodanya telah lama mati
Anak-anak kapalnya telah lama lari..

Bukan lagi sebuah pelayaran
bersamanya hanyalah masa silam
Masa yang dipenuhi penyesalan..
segala-galanya sudah tidak bermakna
sudah tidak berguna bukan?

Apakah roh nakhoda itu masih bertahan
menyambung semula
impian yang hampir sirna
apakah ia masih kuat?

Semoga roh itu berjasad semula
kembali menebus masa silamnya..
agar berbaloi..
agar lunas segala pengorbanannya..



Label: