Tersisih kerana menyisih..
Kapal tak berhaluan
di samudera tidak bertuan
Nakhodanya telah lama mati
Anak-anak kapalnya telah lama lari..
Bukan lagi sebuah pelayaran
bersamanya hanyalah masa silam
Masa yang dipenuhi penyesalan..
segala-galanya sudah tidak bermakna
sudah tidak berguna bukan?
Apakah roh nakhoda itu masih bertahan
menyambung semula
impian yang hampir sirna
apakah ia masih kuat?
Semoga roh itu berjasad semula
kembali menebus masa silamnya..
agar berbaloi..
agar lunas segala pengorbanannya..
di samudera tidak bertuan
Nakhodanya telah lama mati
Anak-anak kapalnya telah lama lari..
Bukan lagi sebuah pelayaran
bersamanya hanyalah masa silam
Masa yang dipenuhi penyesalan..
segala-galanya sudah tidak bermakna
sudah tidak berguna bukan?
Apakah roh nakhoda itu masih bertahan
menyambung semula
impian yang hampir sirna
apakah ia masih kuat?
Semoga roh itu berjasad semula
kembali menebus masa silamnya..
agar berbaloi..
agar lunas segala pengorbanannya..
Label: all about this heart