<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/30619620?origin\x3dhttp://nadinyanadia.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

About

"Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium. Nemo enim ipsam voluptatem quia voluptas sit aspernatur aut odit aut fugit, sed quia consequuntur magni dolores eos qui ratione voluptatem sequi nesciunt."

Goal' Isnin, Jun 09, 2008 |



Liur yang ku telan ini terasa pahit..
serasa ruang ini begitu sempit..
merasakan hidup ini terlalu perit..
dan semahu-mahunya aku ingin menjerit....

AKU TAK MAHU TEWAS!
AKU INGIN BEBAS!
AKU INGIN LEPAS!

AKU TIDAK MAHU TERUS TERPACAK!
AKU MAHU KE PUNCAK!

AKU TIDAK MAHU KALAH!
SEBELUM AKU CUBA DAN BENAR2 USAHA!

AKU TIDAK AKAN TAKUT JATUH
KERNA SEMANGATKAN KU AKAN LEBIH UTUH!

AKAN AKU MARA KE DEPAN!
AKU TIDAK TAKUT PADA CABARAN!

lalu kenapa aku masih di sini?
apa lagi harus ku nanti?

kenapa mesti aku ragu-ragu?
apakah kerna aku tak yakin pada arah
yang ku tuju?
kalau begitu untuk apa lagi ditunggu,
pusing arahmu
dan berlarilah menuju destinasimu..

Label:

Sabtu, Januari 13, 2007 |

Mata...
itulah bicaranya dari bibir yang bisu,
tembusi jiwanya dari mata yang kuyu..
mulut hanya mengungkap, mata yang berkata-kata,
dan jiwa yang disingkap, merungkai segala rahsia....
~~

Label:

HAPPY' HAPPY NEW YEAR! Sabtu, Januari 06, 2007 |

Tahun Baru yang tiba membuat diri begitu teruja,
sampai tidak sempat melakar kata-kata terindah
menyambut ketibaannya.
Cuma berharap semuanya baik saja,
success dan tercapai segala cita-cita,
semoga tahun baru merubah segala-gala..
menjadi terang dari yang gelita,
dari gagal menjadi berjaya,
dari yang papa menjadi kaya,
beriman dan beramal sepanjang masa...
dan tentunya lebih mesra dan CERIA'
Amin..semoga impian menjadi nyata.
HAPPY NEW YEAR
2007!

Label:

mama...I Love You... Jumaat, Disember 01, 2006 |

If I could give my mom the world
Or anything she wanted,
I'd give her my own heart and soul
And leave my own heart haunted.
I'd take upon myself her life
With all its strife and pain,
And let her ease into some space
Where she could live again.
The pain for me would not be pain,
At least not for a while;
For I'd be doing it for her,
And I would see her smile.
I wish that I could take her heart
And cleanse it with my tears,
And make her sorrow go away,
And answer all her fears.
I wish,
I wish,
but then I can't,
As I watch helplessly,
And take her in my arms and say
I wish that it were me.
But loving is a hard,
hard way,
With all the pain it brings.
And yet there is no other way
To touch the heart of things.




Label:

aku yang terlalu membisu Rabu, Ogos 16, 2006 |

kadangkala kerana terlalu menurut kemahuan insan bernama sahabat boleh melukakn diri dari dalamnya..aku rupanya turut menjadi mangsa 'tak sampai hati' untuk menyatakan ketakpuasan hati tentang sesuatu hanya kerana dia sahabat. lalu patutkah aku biarkan, dan berharap dia mampu menyelami apa yng tersirat di kalbu? pengecut kah aku...? Bukan, bukan sebab pengecut. sebabnya mungkin kerana aku memikirkan yang aku masih terhutang sesuatu pada sang sahabat. aku benci begini.. Tapi tak patutkah aku sebagai sahabatnya bertolak ansur sedikit tentang hal ini? perlukah lagi setelah aku sudah bertolak ansur begitu banyak? sebanyak mana lagi perlu aku berikan?
Arrghh!!!
seorang sahabat tak sepatutnya membiarkan aku begini...
sendiri menahan luka di hati.
sahabatkah itu, atau hanya seorang kawan? tapi apa bezanya...
atau aku perlu hanya terus bersabar...?
tapi sampai bila.........
sampai bengkak di hati ini bernanah? membusuk sehingga aku akhirnya memusuhi dia...?
Tolonglah sahabat...fahamilah aku......

Label:

ADIK KESAYANGANKU.. Jumaat, Ogos 04, 2006 |

BERMAIN SEEK & HIDE DLM BELUKAR,
DALAM BELUKAR JUMPE BASIKAL,
ADIKKU COMEL RAJINLAH BELAJAR,
JAGA DIRI DAN JGN NAKAL...:p

Label:

BUNTU Jumaat, Julai 21, 2006 |

kadangkala terfikir apakah manusia lain juga memikirkan pekara sama yang aku fikir. berfikir tentang memenuhi kepuasan diri dan bingung memikirkan kerana walau apapun yang sudah dilakukan, diri kita tak pernah puas. apa yang kita mahu sebanarnya? keliru memikirkan kemahuan yang adakalanya terlalu jelas namun kadangkala terlalu kabur..
Barangkali kita bingung memikirkan jaln-jalan untuk mencapai apa yang kita impikan. Langkah kita terlalu kecil berbanding IMPIAN-IMPIAN kita yang terlalu besar dan letaknya jauh di hadapan. walaupun bingung, aku tak mahu memikirkan kemustahilan demi memenuhi impian sebesar yang aku impikan. aku barangkalai buntu memikirkan caranya, tapi kebuntuan itu tidak sampai membunuh kemahuanku...kalian bagaimana?

Label:

aku anak kampung...(episod.1) Selasa, Julai 11, 2006 |

Kampung aku....
kampung yang tak pernah terbayangkan oleh sesiapa....
kerana keindahannya hanya dapat di nikmati dan
di ceritakan oleh mata yang sedang memandangnya,
Keasyikkan...
merasakan deruan salam dari angin yang mendinginkan setiap hati...
merasakan kesegaran dari setiap dedaun menghijau disekelilingnya....
dan kesejukan malam yang mengkhayalkan....
keindahan desa...yang tak terluah oleh kata-kata...
kemurnian desa...yang tidak dilewati kemodenan..
kedamaian yang tiada siapa pernah menjangkakannya....
kesyukuran yang pasti timbul melihat indah ciptaanNYA...
Alhamdulillah aku lahir di kampung ini..
dan aku pastinya warga desa yang penuh rasa cinta
pada tanah bertuah ini...

Label:

adik kesayangan akak... Khamis, Julai 06, 2006 |


adikku nan manja, cute dan nakal...
~suatu hari yang bahagia, di teratak kami nan kecil dan permai,
si adik comel ini pernah berpantun~
katanya....
'Bersebelahan pilasut*..
taik hidung hitam berbidut..
adakah patut aku terkentut..
tatkala aku melutut
menghadap kiblat disatu sudut...'

^~^hihihi
nah~ingat dik, sebelum sembahyang, p buang dulu apa2 yg patut...
*pilasut~lampu pelita dalam bahasa dusun..


Label:

buat mama tersayang Rabu, Julai 05, 2006 |


mama..
inginku kongsi segala yang tersimpan di dalam hati ini denganmu
apakan daya, engkau berada jauh dari sisi anakmu ini..
tiada dayaku untuk terbang ke halaman rumah,
bertemu, menyalami dan mencium tanganmu penuh kasih...

aku kini jauh disini
memintal benang-benang kehidupan
untuk ku hadiahkan padamu
agar kau rasakan manisnya kejayaan
dari seorang anak yang pernah kau kandung
supaya senyuman mu sentiasa menemaniku
supaya segala jerih payahmu selama ini bertukar madu

mama
teringin sekali aku merebahkan kepala dipangkuanmu..
merasakan lembut dan mesra belaianmu..
merasakan hangat dan ikhlas kasih sayangmu..
namun apalah daya..
yang bersamaku hanyalah rindu..

mama
nantikanlah...
aku pasti kembali jua..
menemanimu seperti dahulu..

wahai angin bayu yang berhembus merdu
bisikanlah kepada mama tentang rinduku ini
ungkapkanlah pohonan restu dariku
semoga hidupku diperjalanan ini selalu tenang
agar apa yang aku usahakan tidak sia-sia
agar kejayaan itu milikku jua akhirnya..

~andi anak mama~
2002

Label:

...menjelang tarikh kelahiran.. |

Hari ini 05.07.2005 ,
bermakna selang sehari lagi aku akan menginjak ke usia 25 tahun. menyedari peralihan usia ini aku termenung sekejap. sekitar ini, keadaan ini dan di ketika ini, jika di bandingkan dengan kehidupanku 6 tahun lepas sungguh berbeza. aku dan diriku dahulu adalah insan yang berbeza pandangan dan perwatakan. jasad ini masih sama pada lahirnya tapi zahirnya hanya Allah SWT yang tahu.
Coretanku sempena hari lahir tanggal 7 julai yg tak lama lagi tiba bukan utk membuka aib diri, bukan juga untuk menyatakan penyesalan. utk apa penyesalan sedangkan segala yang berlaku adalah atas kemahuan dan kesedaranku. tidak ada alasan yang perlu aku berikan untuk menjelaskan keadaan, membela nasib yang makin bercalar. coretan ini cuma utk aku lebih sedar siapa aku kini supaya aku sentiasa tahu dan pandai menyesuaikan diri diperjalanan yang semakin jauh ini. mungkin juga ku rantaikan rintihan semata-mata kerana aku semakin jauh dari jalan-jalan Nya..
lebih dari itu aku tidak mampu berkata2..cuma brharap DIA mendengar pengakuanku, kerana DIA lebih tahu akan pengkhianatan seorang hamba terhadap penciptaNya..
Ya Tuhan, kenapa manusia terus begini? sedar akan keadaannya, tindak-tanduk dan kelakuannya tapi kenapa terus begini? rela antara tidak? imannya membenci, tapi malang nafsunya bermaharajalela. akalnya hanyalah hakim boneka, menidak dalam hati,tapi mengiya pada realiti..duri2 dan bara dosa itu telah dirasakan .. entah apa yang mendalangi sehingga hanya nampak nyalaan bara merah merekah tapi tidak langsung merasa bahang panasnya, kerana selimut syaitankah?
Jauh di alam roh, yang tinggal hanyalah kabus tipis berwarna putih yang kian lelah memberi nasihat dan padoman pada jiwa...akalnya simpati tapi hanya mampu memandang. sehingga bilakah engkau mampu bertahan wahai iman yang kian malap sinarnya?
Tuhan, mengigil tubuhku, jiwaku berkecamuk, fikiran bercelaru...
semoga aku dan kalian yang pernah merasakan kembali menjalani hidup berlandaskan firmanNya agar kita selamat semuanya, dunia dan akhirat.

Label:

siapalah aku... |


*Satureya..warga Rumah Anak Yatim Tambunan..

Sesekali menyedari pada senja yang merah ini,
Aku tidak mahu lagi berbicara,
Tentang sisa kenangan lalu..
Menyingkap tabir sejarah, yang merobek hati luka berdarah,
Memungut kasih yang tidak kesampaian,
Resah gelisah dimain perasaan..

Sesekali menyedari pada malam yang dingin ini,
Lebih baik ku menghitung dosaku yang menggunung,
Renung ke dalam diri, jenguk hatiku yang kotor,
Hisab diriku yang kerdil dan hina,
bertasbih, bertahmid, sujud dan bersyukur..
Lalu kuhadapkan wajahku kepadaNya,
berserah diri mengharapkan simpati,
agar aku diampuni..

Sesekali pada subuh yang hening ini,
kusedari siapalah aku,
kalau hanya seorang hamba,
hidup mati ditentukan Allah,
punya diri tak selamanya,
punya kehidupan tapi sementara...

29.01.2003

Label:

05.07.2006.... :) |

hati tidak pernah dapat bertahan daripada dilukai....kan?

never cry for any relation in life..
becouse for the one whom u cry
does not deserve ur tears
and the one u deserves
will never let u cry....

Label:

nadia yang sensitif :) Selasa, Julai 04, 2006 |

Dulu kan nadia membesar sebagai manusia yang sangat perasa. Hati ni pantang di jentik, pasti ada saja kata2 merajuk yang terpendam di lubuk hati. :) ...dan ayat2 ni nadia pasti antara rasa yang terluah ketika hati tengah merajuk..hehe. Masih tersimpan rupanya di helaian2 yang dah berwarna kekuningan nih...

Orang berkata
Nadia tak ubah seperti cicak,
Nadia hanyalah seekor semut kecik,
Nadia mirip badak, dan tak ubah macam tenuk..
Nadia yang mereka fikirkan,
adalah Nadia yang selamanya mereka andaikan..

Tapi esok lihatlah...
siapa cicak, siapa badak
siapa semut, siapa tenuk
Tak akan ada kata-kata lagi
yang dapat mereka katakan...
kerana esok...
Nadia yang mereka fikirkan
Bukan lagi Nadia yang selamanya mereka andaikan

(Tarikhnya...emm dah lupa...hehehe)

Label:

NADIA KIT NA NADIA HEY |



(kalau nadia, nadialah juga)


Disini aku berdiri
memandang jauh kehadapan
melihat cita-cita itu
yang tinggi menjangkau langit
Bertanya aku pada diri...
benarkah aku akan berpijak
dipuncak itu kelak
atau aku hanya
bertapak dibumi
mendongak langit
menelan liur pahit..

Tidak!
Tak akan kubenarkan
diri ini hanya melihat
impian itu bertukar lukisan
yang hanya dapat dipandang
namun tak dapat dirasa..

Impian tak selamanya Impian
Cita-citaku bukan gurauan
berbekalkan segala
nikmat pemberian Tuhan
akan ku kerah segala kudrat
akan ku usahakan segala cara
agar aku kelak
adalah aku dalam impianku..

Sumandak Perkasa
12.26a.m
28 Jun 2001

Label:

Aku Seadanya

".....di helaian ini hatiku berbicara...."