<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/30619620?origin\x3dhttp://nadinyanadia.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

About

"Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium. Nemo enim ipsam voluptatem quia voluptas sit aspernatur aut odit aut fugit, sed quia consequuntur magni dolores eos qui ratione voluptatem sequi nesciunt."

Recent

"Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae ab illo inventore veritatis et quasi architecto beatae vitae dicta sunt explicabo."

Archives

...menjelang tarikh kelahiran..

Hari ini 05.07.2005 ,
bermakna selang sehari lagi aku akan menginjak ke usia 25 tahun. menyedari peralihan usia ini aku termenung sekejap. sekitar ini, keadaan ini dan di ketika ini, jika di bandingkan dengan kehidupanku 6 tahun lepas sungguh berbeza. aku dan diriku dahulu adalah insan yang berbeza pandangan dan perwatakan. jasad ini masih sama pada lahirnya tapi zahirnya hanya Allah SWT yang tahu.
Coretanku sempena hari lahir tanggal 7 julai yg tak lama lagi tiba bukan utk membuka aib diri, bukan juga untuk menyatakan penyesalan. utk apa penyesalan sedangkan segala yang berlaku adalah atas kemahuan dan kesedaranku. tidak ada alasan yang perlu aku berikan untuk menjelaskan keadaan, membela nasib yang makin bercalar. coretan ini cuma utk aku lebih sedar siapa aku kini supaya aku sentiasa tahu dan pandai menyesuaikan diri diperjalanan yang semakin jauh ini. mungkin juga ku rantaikan rintihan semata-mata kerana aku semakin jauh dari jalan-jalan Nya..
lebih dari itu aku tidak mampu berkata2..cuma brharap DIA mendengar pengakuanku, kerana DIA lebih tahu akan pengkhianatan seorang hamba terhadap penciptaNya..
Ya Tuhan, kenapa manusia terus begini? sedar akan keadaannya, tindak-tanduk dan kelakuannya tapi kenapa terus begini? rela antara tidak? imannya membenci, tapi malang nafsunya bermaharajalela. akalnya hanyalah hakim boneka, menidak dalam hati,tapi mengiya pada realiti..duri2 dan bara dosa itu telah dirasakan .. entah apa yang mendalangi sehingga hanya nampak nyalaan bara merah merekah tapi tidak langsung merasa bahang panasnya, kerana selimut syaitankah?
Jauh di alam roh, yang tinggal hanyalah kabus tipis berwarna putih yang kian lelah memberi nasihat dan padoman pada jiwa...akalnya simpati tapi hanya mampu memandang. sehingga bilakah engkau mampu bertahan wahai iman yang kian malap sinarnya?
Tuhan, mengigil tubuhku, jiwaku berkecamuk, fikiran bercelaru...
semoga aku dan kalian yang pernah merasakan kembali menjalani hidup berlandaskan firmanNya agar kita selamat semuanya, dunia dan akhirat.

Label:

You can leave your response or bookmark this post to del.icio.us by using the links below.
Comment | Bookmark | Go to end