Dalam penantian ia hadir.. Ahad, September 03, 2006 |
Rindu ini betul-betul menyesakkan
ku cuba lari tapi ia mengejar
ku cuba sembunyi, tapi ia nampak..
ku cuba bunuh, ia tetap hidup..
Hidupku dikepung oleh rindu
Nafasku dihimpit
Jiwaku ditambat
dan raguku menderita...
Api rindu membakar perasaan
Hatiku rentung olehnya
Semangatku runtuh,
dan tenagaku habis disedut
oleh rindu yang rakus...
Rindu ini tidak henti menyeksaku
Menghambat batinku semahu-mahunya
Walau zahirku berjuraian air mata
Walau aku menjerit dan merayu
namun rindu terus memukul
tanpa henti tanpa simpati...
Salah akukah atau perasaan
kerana mengundang rindu itu dahulu?
Label: all about this heart