Just Delete Me
Begitu sukarkah perjalanan hidup ini
sehingga kau berharap untuk tidak bangun pagi
tidak mahu berhadapan dengan hari-harimu lagi
dan bertekad memotong perjalanan hidupmu sendiri...
sekejam manakah dunia ini bagimu
sehingga kau kata Tuhan tidak adil terhadapmu
hanya kerana dugaan sebegitu
kau menutup mata dari melihat,
segala rahmat dan ni'mat pemberian-Nya padamu
kenapa tidak kau buka mata seluas-luasnya
kenapa kau tidak bersyukur lantaran jasadmu masih bernyawa
kenapa tidak kau cuba bertahan dengan ujian-Nya
ia kan pasti berakhir andai kau tidak berputus asa
Percayalah...
semua itu hanyalah adalah bukti rahmat dan kasih-Nya
demi itu bersabarlah,
hadapi segalanya dengan hati yang sabar dan redha..
~2007~
Label: all about this heart